Kami merupakan perunding hartanah berdaftar bernaung dengan Agensi Hartanah Berdaftar ( Vigor Properties Sdn Bhd). Semestinya kami bekerja mengikut panduan dan peraturan yang ditetapkan oleh LPPEH dan mengikut undang- undang yang ditetapkan. Segala gerak kerja juga adalah di pantau oleh agensi dan juga lembaga (LPPEH).
Antara perkara kritikal dalam jualan rumah adalah bahagian Pengiklanan/Pemasaran.
Dengan pengiklanan yang menyeluruh dan bersepadu,akan memastikan hartanah anda TERJUAL dalam tempoh masa & harga yang diperlukan.
Misi kami adalah memberikan servis yang terbaik bagi mendapatkan jumlah keuntungan yang diperlukan oleh Pemilik dalam masa yang singkat dengan proses jual beli yang lancar dan pantas.
Penting untuk pastikan hartanah dijual pada harga keuntungan paling tinggi, mengelakkan kerugian jika dijual terlalu rendah dan mempercepatkan jualan hartanah apabila dijual pada Harga Pasaran Semasa
Untuk kos ‘ professional agency fees’ ialah 3% daripada harga jualan. Dan kos sst yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu 6% daripada kos tadi ( 0.06 x 3%). Kos ini akan dikenakan kepada klien yang mana telah melantik kami untuk mewakilkan mereka dalam urusan jual/beli hartanah tersebut.
Mengikut Peraturan yang ditetapkan oleh agensi dan lembaga penilai dan pentaksir hartanah malaysia (LPPEH). Kami hanya dibenarkan mengistiharkan kos kos yang berkaitan sahaja, tanpa ada kos kos yang terlindung. Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya saya tidak menyatakan kos yang dikenakan tanpa persetujuan pihak pelanggan samaada pihak penjual atau pihak pembeli.
Pengetahuan,pengalaman dan skill yang ada melayakkan & membolehkan kami memberikan Khidmat Nasihat, Cadangan & Buah Fikiran kepada anda berkaitan bidang hartanah dalam memenuhi hasrat anda.
Jabatan Penilaian Harta Tanah (JPPH)